Assalamualaikum,
Bersua kembali bersama saya setelah sebulan lebih saya tidak mencoretkan apa-apa untuk tatapan anda. Sejak dua menjak ni saya asyik sibuk di pejabat dan outstation. Saya baru pulang dari offshore (Semangkok-A Platform) Sabtu lalu. Seminggu saya berada di sana. Sekarang ni tak pergi mana-mana. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk menulis blog ini.
Bermula hari Ahad (15/2/2008), saya tersedar dari lamunan bahawa berat saya tidak turun lagi..masih 106kg. Bermakna cabaran saya kepada anda dan diri saya gagal. Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan ini adalah tidak fokus sepenuhnya apa yang saya lakukan. Masa yang diberikan dalam cabaran ini juga tidak digunakan sebaik-baiknya oleh saya. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Saya dah tergolong dalam golonngan kerugian. Tentu saya sudah kurus sekarang jika saya manfaatkan masa. Jangan bazirkan masa anda kerana anda akan rugi yang amat sangat. Last but not least, saya macam bersungguh-sungguh melakukan diet. Tapi sebenarnya kesungguhan saya itu bertentangan dengan kelakuan saya. Saya bagi contoh, pagi sampai petang tak makan. Tapi bila tiba malam, kaw-kaw punya makan. Anda rasa saya akan berjaya untuk kurus kalau itulah yang saya amalkan. Minta maaf. For sure akan gagal. Saya dah pun membuktikannya.
Sekarang saya dah berubah. Cuba pendekatan sebenar bagaimana untuk kurus. Saya akan membocorkan rahsia sulit bagaimana hendak kurus dalam jangka masa yang pendek dan sangat efektif. Saya akan dedahkan rahsia teragung ini pada hujung bulan ini. Selepas saya berjaya buktikan kepada anda bahawa berat badan saya sendiri kan turun. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua. Setelah 5 hari menggunakan formula ini, berat badan saya sudah turun 2kg. Alhamdulillah. Mungkin ada di antara anda yang akan memperlekehkan saya sebab semua orang boleh turun 2 kg dalam masa 5 hari, malah lebih banyak lagi. Persoalannya, memang senang nak turun, tapi bagaimana anda hendak mengekalkan angka itu. Mengikut pengalaman saya, setelah seseorang yang gemuk turun sehingga 5kg, beratnya akan bertambah 2 kali ganda dari jumlah berat yang berjaya dia turun. Yang penting sekarang bagaimana kita hendak mengekalkan penurunan berat badan secara kekal.
Saya rasa sampai di sini dulu, coretan saya. Somoga kita bersua lagi dalam coretan saya akan datang. Nantikan keputusan diet saya dengan formula rahsia yang hebat ini. Sekian, terima kasih.
Wallahualam.