Jumaat, 23 Januari 2009

Baru balik dari offshore (Su Tu Vang, Vietnam)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya baru sahaja pulang ke Malaysia semalam kerana saya ke offshore untuk site survey...
walaupun hanya 4 hari, tetapi rasa begitu lama kerana platform vietnam tak best langsung...
1st yang tak best ialah sangat susah nak makan...
memang sangat susah nak makan terutamanya atas platform..
cuba bayangkan makanan utama ialah BABI...
memang ade ayam atau daging juga...tapi persoalannya adakah ayam atau daging itu disembelih secara halal??
nak makan sayur sahaja???minyak apa yang digunakan??mesti kuali yang sama digunakan untuk memasak babi dan sayur itu...
susah sangat...itu lah antara dugaan yang dialami oleh saya semasa di vietnam..
tapi saya makan lar gak nasi dan sayur...
akibat dari itu..berat saya turun sebanyak 2kg...
masih ingatkah anda cabaran saya untuk turun sebanyak 10kg dalam masa sebulan ni..
sudah hampir ke penghujung bulan...
saya akan gunakan Low of Attraction (LOA) untuk kurus...
bagaimana???nanti saya akan kupaskan ke espisod akan datang...
ingin saya tegaskan..kita boleh mencapai apa jua impian dan cita2 kita dengan menggunakan LOA atau hukum daya tarik ini...yang penting...fikiran mesti positif...
kalau usaha anda gagal..bermakna anda tak cukup fokus dan positif...
jumpa lagi di ruangan akan datang..
Wallhualam...

Jumaat, 9 Januari 2009

Penat dan mengantuk...

Aaalamualaikum...
Sekarang ni saya berada di Cangi Airport, Singapore..
Just nak submit tender je pun...
dah lar awal2 pagi pukul 5am dah kene bangun sebab saya bertolak dari bandar baru sentul pukul 5.30am,,,
sampai singapore lebih kurang 9 am and then pergi ke office McDermott untuk submit tender..
tak sampai 5 minit pun...
pastu saya terus ke Cangi Airport..
then dengan bengang flight delay dari pukul 2.05pm kepada pukul 3.00 pm..
saya sampai Cangi Airport dah pukul 10.30am..
Lama giler nak tunggu...
Saya betul2 ngantuk dan penat giler...
So saya stop dulu...
Maaf kali ini tiada informasi yang berguna...
just nak luahkan ape yang terpendam di dalam hati saya...
Wallahualam...

Khamis, 8 Januari 2009

Mulakan azam tahun baru untuk menjadi kurus

Assalamualaikum...
mungkin terlalu lambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru..
Ini kerana saya tidak terasa pun seperti tahun baru kerana saya menyambutnya di pelantar minyak...
Tiada apa2 pun sambutan sebenarnya..di sana hanya kerja..kerja...kerja...boring...
gaji tidak lar sebanyak mana yang orang2 biasa sangkakan..indah khabar dari rupa..
Tahun baru ini saya berazam untuk turun 10kg dalam bulan January 2009 ni..
mungkin ada di antara anda yang mengatakan angan2 saya ini hanya angan2 Mat Jenin..
Percayalah kuasa yang paling kuat suah anda miliki...anda hanya perlu "apply" kan saja...
kuasa yang saya maksudkan itu ialah kuasa minda anda sendiri..
anda boleh menguasai segalanya dengan minda...
Jika anda tahu cara menggunakan minda dengan betul..anda merupakan orang yang paling bernasib baik..
anda hanya perlu yakin dengan apa yang anda hajatkan...
disusuli dengan sedikit usaha...percayalah anda akan berjaya...
saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengupas isu ini..
saya akan bincangkan di lain masa...
Teruskan diet anda..jangan berputus asa..saya pun nasihat diri saya sendiri...
Wallahualam...

Baru balik dari Seligi-A Platform, Terengganu

Assalamualaikum,
Kembali kita berjumpa setelah lama kita tidak bersua. Saya mohon maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini...
Ini kerana saya berada di offshore and banyak outstation sejak kebelakangan ini..
Disebabkan itu saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis di dalam blog ini..
Sekarang ni pun saya masih di dalam office menyiapkan tender yang akan dihantar oleh saya pada esok di Singapore..Isnin lepas saya ke Batam, Indonesia dengan tujuan yang sama juga..
Samada anda perasan atau tidak, ekonomi negara kita sudah tidak berapa baik..
Banyak company engineering bergantung kepada projek luar..
Termasuk lar company saya..
Itu sebabnya penting kalau kita mempunyai pekerjaan sampingan atau part time sebagai back-up apabila kita mungkin kehilangan pekerjaan kita..
Cara yang paling mudah untuk mendapat duit ialah melalui internet..
Sungguh pun banyak yang menipu, tetapi terbukti ianya berkesan..
Saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana menjana wang melalui internet di lain masa..
Saya juga baru belajar dan belum pernah menjana wang melalui internet..
Walau bagaimana pun..saya percaya ianya berkesan...Wallahualam...