Dalam blog ni...banyak bercerita tentang aku...suka suki aku nak tulis apa...tak suka...sila tinggalkan blog ni...
Selasa, 15 Disember 2009
Tekad untuk kurus...Jus Mate 5
Semoga Allah merahmati saya dan anda semua. Masuk hari ini, 2 bungkus Jus Mate 5 Formula Dr. Rozmey saya minum. Saya hanya minum 1 packet 1 hari...nak minum 2 tak mampu...mahal..sepacket RM10...ade 20 packet dalam 1 kotak...makna harganya RM200...hanya untuk 20 hari...sape yang banyak duit tu ble lar kalau nak minum 2 packet.
Saya minum apabila hari nak masuk malam supaya saya dapat mengelakkan makan malam. Alhamdulillah, setelah minum jus tu, perut saya kurang lapar...so saya tak amik makan malam...harap2 dengan cara ini dapat menurunkan berat badan. Di sini saya nak ceritakan pengalaman sebenar dan berlaku di hadapan mata saya sendiri. Ade orang kg saya mengalami berat badan yang berlebihan...boleh dikategorikan gemuk dan buncit..apa yang beliau lakukan hanyalah dengan tidak mengambil dinner...itu sahaja...dalam masa beberapa bulan, berat badannye turun ke berat normal..mesti anda terfikir kenapa saya tak tiru jek cara tu...Ya, saya dah tiru cara tak makan malam..tapi saya tak mampu..sebab saya ni jenis nafsu makan tak pernah padam...itulah sebabnya saya mengambil jus mate 5 ni..supaya saya dapat mengelakkan makan malam...
Masih awal lagi untuk mengetahui kebersanan jus mate 5 ni kat saya...saya akan update blog ini jika terdapat sebarang perubahan pada berat badan saya...
Sekian..
Wassalam..
P/S: Penulis tiada kaitan langsung dengan product ini...bukan untuk promosi atau mendapatkan keuntungan...sekadar berkongsi cara untuk kuruskan badan kepada rakan2 yang senasib badan dengan penulis...
Sabtu, 17 Oktober 2009
Keje baru...suasana baru...
Sudah 2 minggu saya berada di Telok Chempedak, Kuantan, Pahang...
So far..keje baru ni ok...
keje site...biasa lar..penat sket...
bosan pun ade sebab duk kat Kondominium Sejahtera bersama my manager, Mr. Woon jek...
nasib baik dia ok...sempoi lar...tak kedekut ilmu walaupun berlainan bangsa...
saya dah dapat laptop HP dari company...
so ble lar online...huhu....
minggu ni duk sorang2 kat kondo...manager balik kl...
kolam renang plak under maintenance...boringnye!!!
nasib baik dah de laptop..tak lar bosan sangat...
hopefully company baru ni ok...
agak sedih gak tinggalkan oil n gas industries...
tapi nak buat camne...kat company tu memang tak bleh nak blah...
tak ble nak gain experience...
I hope I choose the right decision to change company...
See you!!! Bye...
Wassalam...
Selasa, 28 Julai 2009
KEJE BARU
Sekarang ni saya tengah tunggu notis selama 2 bulan...
hui..lama gila rasanya nak tunggu...2 bulan tu...
pastu baru bebas dari company sekarang...
untuk pengetahuan semua, saya telah resign dari company sekarang..
saya akan tukar career saya...
company singapore telah melamar saya...
tapi saya still based at KL...HQ jek kat singapore...
sekarang ni bosan menuggu sisa2 kehidupan kat sini...
malas nak layan dah keje2 opis...
dah takde hati...hehehe
Rabu, 15 Julai 2009
Bersua Kembali
Rasanya sudah lama saya tidak berbicara atau mencoret sebarang kisah di blog ini...
Actually memang tiada apa yang menarik untuk dicoretkan di samping saya terlalu sibuk dengan tugas pejabat...
Tertekan..marah..benci...malas..menyampah...semuanya bergabung apabila berada di dalam office...
tu bermakna saya kene cari kerja baru...
environment baru...
majikan baru...
Alhamdulillah...di saat saya memerlukan pekerjaan baru...
Dengan izin Allah, saya telah terima offer keje dari company Singapore yang akan buka cawangannya di KL...
Alhamdulillah...walaupun selection belum dibuat...tetapi Senior Manager yang interview saya berminat dan menawarkan saya dengan jawatan Instrumentation Engineer...
Tidak sampai 4 hari saya telah diberitahu saya diterima kerana saya menunjukkan kesungguhan mahukan jawatan tersebut semasa interview...
Sekarang ni saya tengah menunggu offer letter dari company tersebut...
Once saya dapat offer letter..Insya-Allah saya akan resign dari company sekarang...
Diharapkan company baru nanti much better dari company sekarang...
Semoga Allah sentiasa melipat kali gandakan rezeki saya dan anda semua di luar sana...
Wallhualam.
Ahad, 29 Mac 2009
Mari tambah side income!!!
Pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau lebih dikenali sebagai “Side Income” melalui internet??? Kalau jawapan anda adalah “YA”, pastikan anda membaca ruangan ini sehingga selesai, Anda merupakan orang yang paling rugi jika anda mengabaikan apa yang ingin saya kongsikan. Teruskan membaca. Jika jawapan anda adalah “TIDAK”, anda tidak perlu buang masa membaca ruangan ini dan saya mohon maaf kerana mengganggu anda.
Pada zaman sekarang, dengan pendapatan bulanan anda bagi yang makan gaji, tentu anda merasakan kesempitan wang untuk berbelanja bukan? Bagi yang bekerja sendiri pula, mungkin perniagaan anda sedikit meleset akibat daripada kelembapan ekonomi global. Secara peribadi, saya juga seorang pekerja yang makan gaji seperti anda. Walaupun pendapatan saya boleh dikatakan “OK” untuk seorang “Fresh Graduate”, namun saya masih mempunyai masalah kewangan. Mungkin ada di kalangan anda mengatakan saya tidak pandai menguruskan wang. Tidak sama sekali. Walaupun anda merupakan seorang yang genius dalam menguruskan wang sekalipun, tidak mungkin wang itu akan mencukupi jika perbelanjaan (komitmen) anda melebihi daripada pendapatan anda. Komitmen yang saya maksudkan ialah seperti membantu ibu bapa, menanggung pembelajaran adik-beradik yang masih bersekolah dan yang berada di universiti, simpanan untuk kahwin, duit insuran, duit rumah sewa, duit kereta/motor, pinjaman PTPTN dan banyak lagi. Yang saya nyatakan tadi adalah perbelanjaan untuk orang yang masih bujang seperti saya. Tidak dapat saya bayangkan perbelanjaan yang ditanggung oleh orang yang sudah berumah tangga.
Bagi yang masih belajar, ini adalah peluang keemasan untuk anda kerana anda mempunyai banyak masa dan dapat bersedia lebih awal sebelum anda menempuh kehidupan yang sebenar. Anda bertuah kerana anda telah mengetahui cara mendapatkan income melalui internet pada usia anda yang masih muda. Walaubagaimanapun, semua orang mempunyai peluang yang sama. Siapa yang berusaha lebih, sudah tentu pendapatan yang akan anda dapat melebihi daripada orang lain termasuk saya sendiri.
Tentu anda tertanya-tanya apakah cara yang ingin saya kongsikan dengan anda. Ya, saya akan berkongsi dengan anda cara yang paling simple untuk mendapatkan income melalui internet. Saya sendiri telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan income melalui internet. Tapi hasilnya sangat mengecewakan. Saya tidak pernah dapat walau 1 sen pun dari internet setelah mencuba pelbagai cara yang terdapat di internet. Sudah mencapai ribuan ringgit saya hangus kerana mencuba program yang menjanjikan keuntungan lumayan melalui internet. Sehinggalah saya mendapat e-mail daripada saudara Ahmad Sabri bin Mohamad yang menjemput saya menyertai igetworld. Dengan modal sekecil RM50, saya sudah boleh mula menjana pendapatan sampingan saya. RM50 adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan program lain yang mencecah ratusan ringgit dan ribuan ringgit. Tetapi hasilnya sangat mengecewakan sehingga anda merasa tertipu dengan program itu. Apa itu igetworld? Anda boleh membaca sendiri di website seperti di bawah.
http://www.igetworld.com/rizsyamm
Ingin saya tekankan di sini, ini bukan MLM (Multi Level Marketing). Anda boleh melayari website di atas untuk mengetahui bagaimana sistem ini berfungsi. Jangan risau bagi yang lemah dalam Bahasa Inggeris. Website ini di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Dengan demikian, sesiapa pun dapat memahami bagaimana system ini berfungsi. Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam komputer atau IT yang tinggi. Cukup sekadar anda tahu menggunakan komputer dan melayari internet. Semudah A, B dan C.
Di sini saya ingin tegaskan bahawa program ini tidak menjanjikan anda menjadi kaya-raya. Ini adalah program untuk mendapatkan pendapatan sampingan sahaja. Tetapi kalau income ini membolehkan anda melangsaikan hutang kereta/motor/rumah sewa, tidak salah rasanya kalau anda mencuba program ini. Sesungguhnya anda yang akan merubah nasib dan keadaan diri anda sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Anda sendiri yang tentukan.
Wassalam.
Ikhlas dari,
Rizsyamm
www.igetworld.com/rizsyamm
Sabtu, 28 Mac 2009
Bersenam waktu pagi
Info berguna ini mungkin telah diketahui oleh ramai orang. Tapi tidak salah rasanya kalau saya berkongsi info ini kepada anda semua. Sumber ini diambil dari rakan baik saya, Midix dan Mak Ju. Ini adalah ringkasan dari pemahaman saya sahaja. Sila rujuk kepada doktor atau pakar fitness untuk kepastian.
Waktu terbaik untuk bersenam adalah pada waktu pagi sejurus bangun dari tidur [anda boleh gosok gigi atau mandi dahulu sebelum bersenam yek. :) ]. Kemudian lakukanlah senaman sekurang-kurangnya 30 minit. Insya-Allah, senaman yang anda lakukan adalah lebih efektif berbanding bersenam di waktu lain seperti petang atau malam. Tapi ada syaratnya, anda tidak boleh bersarapan dahulu. Bersenam dulu, baru sarapan. Kenapa begitu??
Begini...Semasa anda masih tidur, anda masih membakar kalori atau tenaga yang anda simpan di dalam badan (Kalori yang tersimpan pada hari sebelumnya). Oleh itu, kalori anda akan dibakar semasa tidur walaupun jumlahnya mungkin tidak besar. Setelah anda bangun, anda terus melakukan senaman pada pagi itu (tanpa sarapan) dan sudah tentu lebih banyak kalori yang akan anda bakar bukan? Anda bukan sahaja membakar kalori yang tersisa semalam, malah anda membakar kalori yang telah lama tersimpan di dalam tubuh anda (lemak). Secara tidak langsung, anda telah menggunakan kalori anda yang telah lama tersimpan (lemak) itu sebagai tenaga yang anda gunakan semasa bersenam.
Apa akan jadi jika anda sarapan terlebih dahulu?
Apabila anda sarapan terlebih dahulu, semasa anda bersenam, anda hanya membakar kalori dalam sarapan itu sahaja. Oleh itu, senaman anda kurang efektif dan anda perlu bersenam dengan lebih kuat lagi untuk membakar kalori sarapan tadi dan kalori yang sedia ada dalam tubuh anda (lemak). Waallahualam.
Wassalam.
Peluang Keemasan Untuk tambah Income Anda!!!
A'kum dan salam sejahtera,
Di sini saya ada something to share kepada sesiapa yang berminat untuk tambah income.
Wassalam.
Khamis, 19 Februari 2009
Bermulanya fokus penurunan berat badan dalam masa 2 minggu sahaja
Bersua kembali bersama saya setelah sebulan lebih saya tidak mencoretkan apa-apa untuk tatapan anda. Sejak dua menjak ni saya asyik sibuk di pejabat dan outstation. Saya baru pulang dari offshore (Semangkok-A Platform) Sabtu lalu. Seminggu saya berada di sana. Sekarang ni tak pergi mana-mana. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk menulis blog ini.
Bermula hari Ahad (15/2/2008), saya tersedar dari lamunan bahawa berat saya tidak turun lagi..masih 106kg. Bermakna cabaran saya kepada anda dan diri saya gagal. Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan ini adalah tidak fokus sepenuhnya apa yang saya lakukan. Masa yang diberikan dalam cabaran ini juga tidak digunakan sebaik-baiknya oleh saya. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Saya dah tergolong dalam golonngan kerugian. Tentu saya sudah kurus sekarang jika saya manfaatkan masa. Jangan bazirkan masa anda kerana anda akan rugi yang amat sangat. Last but not least, saya macam bersungguh-sungguh melakukan diet. Tapi sebenarnya kesungguhan saya itu bertentangan dengan kelakuan saya. Saya bagi contoh, pagi sampai petang tak makan. Tapi bila tiba malam, kaw-kaw punya makan. Anda rasa saya akan berjaya untuk kurus kalau itulah yang saya amalkan. Minta maaf. For sure akan gagal. Saya dah pun membuktikannya.
Sekarang saya dah berubah. Cuba pendekatan sebenar bagaimana untuk kurus. Saya akan membocorkan rahsia sulit bagaimana hendak kurus dalam jangka masa yang pendek dan sangat efektif. Saya akan dedahkan rahsia teragung ini pada hujung bulan ini. Selepas saya berjaya buktikan kepada anda bahawa berat badan saya sendiri kan turun. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua. Setelah 5 hari menggunakan formula ini, berat badan saya sudah turun 2kg. Alhamdulillah. Mungkin ada di antara anda yang akan memperlekehkan saya sebab semua orang boleh turun 2 kg dalam masa 5 hari, malah lebih banyak lagi. Persoalannya, memang senang nak turun, tapi bagaimana anda hendak mengekalkan angka itu. Mengikut pengalaman saya, setelah seseorang yang gemuk turun sehingga 5kg, beratnya akan bertambah 2 kali ganda dari jumlah berat yang berjaya dia turun. Yang penting sekarang bagaimana kita hendak mengekalkan penurunan berat badan secara kekal.
Saya rasa sampai di sini dulu, coretan saya. Somoga kita bersua lagi dalam coretan saya akan datang. Nantikan keputusan diet saya dengan formula rahsia yang hebat ini. Sekian, terima kasih.
Wallahualam.
Jumaat, 23 Januari 2009
Baru balik dari offshore (Su Tu Vang, Vietnam)
Saya baru sahaja pulang ke Malaysia semalam kerana saya ke offshore untuk site survey...
walaupun hanya 4 hari, tetapi rasa begitu lama kerana platform vietnam tak best langsung...
1st yang tak best ialah sangat susah nak makan...
memang sangat susah nak makan terutamanya atas platform..
cuba bayangkan makanan utama ialah BABI...
memang ade ayam atau daging juga...tapi persoalannya adakah ayam atau daging itu disembelih secara halal??
nak makan sayur sahaja???minyak apa yang digunakan??mesti kuali yang sama digunakan untuk memasak babi dan sayur itu...
susah sangat...itu lah antara dugaan yang dialami oleh saya semasa di vietnam..
tapi saya makan lar gak nasi dan sayur...
akibat dari itu..berat saya turun sebanyak 2kg...
masih ingatkah anda cabaran saya untuk turun sebanyak 10kg dalam masa sebulan ni..
sudah hampir ke penghujung bulan...
saya akan gunakan Low of Attraction (LOA) untuk kurus...
bagaimana???nanti saya akan kupaskan ke espisod akan datang...
ingin saya tegaskan..kita boleh mencapai apa jua impian dan cita2 kita dengan menggunakan LOA atau hukum daya tarik ini...yang penting...fikiran mesti positif...
kalau usaha anda gagal..bermakna anda tak cukup fokus dan positif...
jumpa lagi di ruangan akan datang..
Wallhualam...
Jumaat, 9 Januari 2009
Penat dan mengantuk...
Sekarang ni saya berada di Cangi Airport, Singapore..
Just nak submit tender je pun...
dah lar awal2 pagi pukul 5am dah kene bangun sebab saya bertolak dari bandar baru sentul pukul 5.30am,,,
sampai singapore lebih kurang 9 am and then pergi ke office McDermott untuk submit tender..
tak sampai 5 minit pun...
pastu saya terus ke Cangi Airport..
then dengan bengang flight delay dari pukul 2.05pm kepada pukul 3.00 pm..
saya sampai Cangi Airport dah pukul 10.30am..
Lama giler nak tunggu...
Saya betul2 ngantuk dan penat giler...
So saya stop dulu...
Maaf kali ini tiada informasi yang berguna...
just nak luahkan ape yang terpendam di dalam hati saya...
Wallahualam...
Khamis, 8 Januari 2009
Mulakan azam tahun baru untuk menjadi kurus
mungkin terlalu lambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru..
Ini kerana saya tidak terasa pun seperti tahun baru kerana saya menyambutnya di pelantar minyak...
Tiada apa2 pun sambutan sebenarnya..di sana hanya kerja..kerja...kerja...boring...
gaji tidak lar sebanyak mana yang orang2 biasa sangkakan..indah khabar dari rupa..
Tahun baru ini saya berazam untuk turun 10kg dalam bulan January 2009 ni..
mungkin ada di antara anda yang mengatakan angan2 saya ini hanya angan2 Mat Jenin..
Percayalah kuasa yang paling kuat suah anda miliki...anda hanya perlu "apply" kan saja...
kuasa yang saya maksudkan itu ialah kuasa minda anda sendiri..
anda boleh menguasai segalanya dengan minda...
Jika anda tahu cara menggunakan minda dengan betul..anda merupakan orang yang paling bernasib baik..
anda hanya perlu yakin dengan apa yang anda hajatkan...
disusuli dengan sedikit usaha...percayalah anda akan berjaya...
saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengupas isu ini..
saya akan bincangkan di lain masa...
Teruskan diet anda..jangan berputus asa..saya pun nasihat diri saya sendiri...
Wallahualam...
Baru balik dari Seligi-A Platform, Terengganu
Kembali kita berjumpa setelah lama kita tidak bersua. Saya mohon maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini...
Ini kerana saya berada di offshore and banyak outstation sejak kebelakangan ini..
Disebabkan itu saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis di dalam blog ini..
Sekarang ni pun saya masih di dalam office menyiapkan tender yang akan dihantar oleh saya pada esok di Singapore..Isnin lepas saya ke Batam, Indonesia dengan tujuan yang sama juga..
Samada anda perasan atau tidak, ekonomi negara kita sudah tidak berapa baik..
Banyak company engineering bergantung kepada projek luar..
Termasuk lar company saya..
Itu sebabnya penting kalau kita mempunyai pekerjaan sampingan atau part time sebagai back-up apabila kita mungkin kehilangan pekerjaan kita..
Cara yang paling mudah untuk mendapat duit ialah melalui internet..
Sungguh pun banyak yang menipu, tetapi terbukti ianya berkesan..
Saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana menjana wang melalui internet di lain masa..
Saya juga baru belajar dan belum pernah menjana wang melalui internet..
Walau bagaimana pun..saya percaya ianya berkesan...Wallahualam...