Assalamualaikum...
Info berguna ini mungkin telah diketahui oleh ramai orang. Tapi tidak salah rasanya kalau saya berkongsi info ini kepada anda semua. Sumber ini diambil dari rakan baik saya, Midix dan Mak Ju. Ini adalah ringkasan dari pemahaman saya sahaja. Sila rujuk kepada doktor atau pakar fitness untuk kepastian.
Waktu terbaik untuk bersenam adalah pada waktu pagi sejurus bangun dari tidur [anda boleh gosok gigi atau mandi dahulu sebelum bersenam yek. :) ]. Kemudian lakukanlah senaman sekurang-kurangnya 30 minit. Insya-Allah, senaman yang anda lakukan adalah lebih efektif berbanding bersenam di waktu lain seperti petang atau malam. Tapi ada syaratnya, anda tidak boleh bersarapan dahulu. Bersenam dulu, baru sarapan. Kenapa begitu??
Begini...Semasa anda masih tidur, anda masih membakar kalori atau tenaga yang anda simpan di dalam badan (Kalori yang tersimpan pada hari sebelumnya). Oleh itu, kalori anda akan dibakar semasa tidur walaupun jumlahnya mungkin tidak besar. Setelah anda bangun, anda terus melakukan senaman pada pagi itu (tanpa sarapan) dan sudah tentu lebih banyak kalori yang akan anda bakar bukan? Anda bukan sahaja membakar kalori yang tersisa semalam, malah anda membakar kalori yang telah lama tersimpan di dalam tubuh anda (lemak). Secara tidak langsung, anda telah menggunakan kalori anda yang telah lama tersimpan (lemak) itu sebagai tenaga yang anda gunakan semasa bersenam.
Apa akan jadi jika anda sarapan terlebih dahulu?
Apabila anda sarapan terlebih dahulu, semasa anda bersenam, anda hanya membakar kalori dalam sarapan itu sahaja. Oleh itu, senaman anda kurang efektif dan anda perlu bersenam dengan lebih kuat lagi untuk membakar kalori sarapan tadi dan kalori yang sedia ada dalam tubuh anda (lemak). Waallahualam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan