Jumaat, 23 Januari 2009

Baru balik dari offshore (Su Tu Vang, Vietnam)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya baru sahaja pulang ke Malaysia semalam kerana saya ke offshore untuk site survey...
walaupun hanya 4 hari, tetapi rasa begitu lama kerana platform vietnam tak best langsung...
1st yang tak best ialah sangat susah nak makan...
memang sangat susah nak makan terutamanya atas platform..
cuba bayangkan makanan utama ialah BABI...
memang ade ayam atau daging juga...tapi persoalannya adakah ayam atau daging itu disembelih secara halal??
nak makan sayur sahaja???minyak apa yang digunakan??mesti kuali yang sama digunakan untuk memasak babi dan sayur itu...
susah sangat...itu lah antara dugaan yang dialami oleh saya semasa di vietnam..
tapi saya makan lar gak nasi dan sayur...
akibat dari itu..berat saya turun sebanyak 2kg...
masih ingatkah anda cabaran saya untuk turun sebanyak 10kg dalam masa sebulan ni..
sudah hampir ke penghujung bulan...
saya akan gunakan Low of Attraction (LOA) untuk kurus...
bagaimana???nanti saya akan kupaskan ke espisod akan datang...
ingin saya tegaskan..kita boleh mencapai apa jua impian dan cita2 kita dengan menggunakan LOA atau hukum daya tarik ini...yang penting...fikiran mesti positif...
kalau usaha anda gagal..bermakna anda tak cukup fokus dan positif...
jumpa lagi di ruangan akan datang..
Wallhualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan