Sabtu, 28 Mac 2009

Bersenam waktu pagi

Assalamualaikum...
Info berguna ini mungkin telah diketahui oleh ramai orang. Tapi tidak salah rasanya kalau saya berkongsi info ini kepada anda semua. Sumber ini diambil dari rakan baik saya, Midix dan Mak Ju. Ini adalah ringkasan dari pemahaman saya sahaja. Sila rujuk kepada doktor atau pakar fitness untuk kepastian.

Waktu terbaik untuk bersenam adalah pada waktu pagi sejurus bangun dari tidur [anda boleh gosok gigi atau mandi dahulu sebelum bersenam yek. :) ]. Kemudian lakukanlah senaman sekurang-kurangnya 30 minit. Insya-Allah, senaman yang anda lakukan adalah lebih efektif berbanding bersenam di waktu lain seperti petang atau malam. Tapi ada syaratnya, anda tidak boleh bersarapan dahulu. Bersenam dulu, baru sarapan. Kenapa begitu??

Begini...Semasa anda masih tidur, anda masih membakar kalori atau tenaga yang anda simpan di dalam badan (Kalori yang tersimpan pada hari sebelumnya). Oleh itu, kalori anda akan dibakar semasa tidur walaupun jumlahnya mungkin tidak besar. Setelah anda bangun, anda terus melakukan senaman pada pagi itu (tanpa sarapan) dan sudah tentu lebih banyak kalori yang akan anda bakar bukan? Anda bukan sahaja membakar kalori yang tersisa semalam, malah anda membakar kalori yang telah lama tersimpan di dalam tubuh anda (lemak). Secara tidak langsung, anda telah menggunakan kalori anda yang telah lama tersimpan (lemak) itu sebagai tenaga yang anda gunakan semasa bersenam.

Apa akan jadi jika anda sarapan terlebih dahulu?
Apabila anda sarapan terlebih dahulu, semasa anda bersenam, anda hanya membakar kalori dalam sarapan itu sahaja. Oleh itu, senaman anda kurang efektif dan anda perlu bersenam dengan lebih kuat lagi untuk membakar kalori sarapan tadi dan kalori yang sedia ada dalam tubuh anda (lemak). Waallahualam.

Wassalam.

Peluang Keemasan Untuk tambah Income Anda!!!

A'kum dan salam sejahtera,

Firstly saya nak minta maaf kepada semua pembaca blog saya kerana sudah lama tidak "update" blog saya. Saya terlalu sibuk dengan pelbagai urusan kerja. Kerja teruk tapi masih tidak menampakkan hasil yang boleh dibanggakan. Saya yakin anda juga mungkin menghadapi perkara yang sama. Dalam ruangan kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang baru saya temui. Saya tidak akan lepaskan peluang yang boleh menjana income. Bagi saya, tidak salah untuk mencuba. Sebab rezeki di tangan Tuhan. Kita yang berusaha untuk mendapatkannya. Bagaimana anda? Mahu terus duduk diam dan mengharap rezeki turun dari langit. Bangkit lah wahai teman2ku. Jangan bermimpi di siang hari. Saya beri jalan, anda tentukan.

Di sini saya ada something to share kepada sesiapa yang berminat untuk tambah income. Ini bukan MLM. Saudara-saudari boleh melayari website:

http://www.igetworld.com/rizsyamm

Apa salahnya kalau saudara dan saudari hanya cuba buka website di atas untuk lihat sendiri bagaimana sistem ini berfungsi.

Saya ingatkan ini adalah pendapatan sampingan sahaja. Bukan bolejh jadi kaya raya. Tapi kalau income ini membolehkan kita melangsaikan hutang kereta/motor/rumah/rumah sewa, tidak salah rasanya kalau kita mencuba. Sesungguhnya kita yang merubah diri kita sendiri. Bukan orang lain. Kita akan terus ketinggalan kalau kita tidak mahu mencuba dan menanggung risiko dalam hidup ini. Hidup kita takkan ada "improvement". Pastikan anda tidak tergolong dalam golongan ini.

Wassalam.

Khamis, 19 Februari 2009

Bermulanya fokus penurunan berat badan dalam masa 2 minggu sahaja

Assalamualaikum,
Bersua kembali bersama saya setelah sebulan lebih saya tidak mencoretkan apa-apa untuk tatapan anda. Sejak dua menjak ni saya asyik sibuk di pejabat dan outstation. Saya baru pulang dari offshore (Semangkok-A Platform) Sabtu lalu. Seminggu saya berada di sana. Sekarang ni tak pergi mana-mana. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk menulis blog ini.

Bermula hari Ahad (15/2/2008), saya tersedar dari lamunan bahawa berat saya tidak turun lagi..masih 106kg. Bermakna cabaran saya kepada anda dan diri saya gagal. Faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan ini adalah tidak fokus sepenuhnya apa yang saya lakukan. Masa yang diberikan dalam cabaran ini juga tidak digunakan sebaik-baiknya oleh saya. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Saya dah tergolong dalam golonngan kerugian. Tentu saya sudah kurus sekarang jika saya manfaatkan masa. Jangan bazirkan masa anda kerana anda akan rugi yang amat sangat. Last but not least, saya macam bersungguh-sungguh melakukan diet. Tapi sebenarnya kesungguhan saya itu bertentangan dengan kelakuan saya. Saya bagi contoh, pagi sampai petang tak makan. Tapi bila tiba malam, kaw-kaw punya makan. Anda rasa saya akan berjaya untuk kurus kalau itulah yang saya amalkan. Minta maaf. For sure akan gagal. Saya dah pun membuktikannya.

Sekarang saya dah berubah. Cuba pendekatan sebenar bagaimana untuk kurus. Saya akan membocorkan rahsia sulit bagaimana hendak kurus dalam jangka masa yang pendek dan sangat efektif. Saya akan dedahkan rahsia teragung ini pada hujung bulan ini. Selepas saya berjaya buktikan kepada anda bahawa berat badan saya sendiri kan turun. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua. Setelah 5 hari menggunakan formula ini, berat badan saya sudah turun 2kg. Alhamdulillah. Mungkin ada di antara anda yang akan memperlekehkan saya sebab semua orang boleh turun 2 kg dalam masa 5 hari, malah lebih banyak lagi. Persoalannya, memang senang nak turun, tapi bagaimana anda hendak mengekalkan angka itu. Mengikut pengalaman saya, setelah seseorang yang gemuk turun sehingga 5kg, beratnya akan bertambah 2 kali ganda dari jumlah berat yang berjaya dia turun. Yang penting sekarang bagaimana kita hendak mengekalkan penurunan berat badan secara kekal.

Saya rasa sampai di sini dulu, coretan saya. Somoga kita bersua lagi dalam coretan saya akan datang. Nantikan keputusan diet saya dengan formula rahsia yang hebat ini. Sekian, terima kasih.

Wallahualam.

Jumaat, 23 Januari 2009

Baru balik dari offshore (Su Tu Vang, Vietnam)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya baru sahaja pulang ke Malaysia semalam kerana saya ke offshore untuk site survey...
walaupun hanya 4 hari, tetapi rasa begitu lama kerana platform vietnam tak best langsung...
1st yang tak best ialah sangat susah nak makan...
memang sangat susah nak makan terutamanya atas platform..
cuba bayangkan makanan utama ialah BABI...
memang ade ayam atau daging juga...tapi persoalannya adakah ayam atau daging itu disembelih secara halal??
nak makan sayur sahaja???minyak apa yang digunakan??mesti kuali yang sama digunakan untuk memasak babi dan sayur itu...
susah sangat...itu lah antara dugaan yang dialami oleh saya semasa di vietnam..
tapi saya makan lar gak nasi dan sayur...
akibat dari itu..berat saya turun sebanyak 2kg...
masih ingatkah anda cabaran saya untuk turun sebanyak 10kg dalam masa sebulan ni..
sudah hampir ke penghujung bulan...
saya akan gunakan Low of Attraction (LOA) untuk kurus...
bagaimana???nanti saya akan kupaskan ke espisod akan datang...
ingin saya tegaskan..kita boleh mencapai apa jua impian dan cita2 kita dengan menggunakan LOA atau hukum daya tarik ini...yang penting...fikiran mesti positif...
kalau usaha anda gagal..bermakna anda tak cukup fokus dan positif...
jumpa lagi di ruangan akan datang..
Wallhualam...

Jumaat, 9 Januari 2009

Penat dan mengantuk...

Aaalamualaikum...
Sekarang ni saya berada di Cangi Airport, Singapore..
Just nak submit tender je pun...
dah lar awal2 pagi pukul 5am dah kene bangun sebab saya bertolak dari bandar baru sentul pukul 5.30am,,,
sampai singapore lebih kurang 9 am and then pergi ke office McDermott untuk submit tender..
tak sampai 5 minit pun...
pastu saya terus ke Cangi Airport..
then dengan bengang flight delay dari pukul 2.05pm kepada pukul 3.00 pm..
saya sampai Cangi Airport dah pukul 10.30am..
Lama giler nak tunggu...
Saya betul2 ngantuk dan penat giler...
So saya stop dulu...
Maaf kali ini tiada informasi yang berguna...
just nak luahkan ape yang terpendam di dalam hati saya...
Wallahualam...

Khamis, 8 Januari 2009

Mulakan azam tahun baru untuk menjadi kurus

Assalamualaikum...
mungkin terlalu lambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru..
Ini kerana saya tidak terasa pun seperti tahun baru kerana saya menyambutnya di pelantar minyak...
Tiada apa2 pun sambutan sebenarnya..di sana hanya kerja..kerja...kerja...boring...
gaji tidak lar sebanyak mana yang orang2 biasa sangkakan..indah khabar dari rupa..
Tahun baru ini saya berazam untuk turun 10kg dalam bulan January 2009 ni..
mungkin ada di antara anda yang mengatakan angan2 saya ini hanya angan2 Mat Jenin..
Percayalah kuasa yang paling kuat suah anda miliki...anda hanya perlu "apply" kan saja...
kuasa yang saya maksudkan itu ialah kuasa minda anda sendiri..
anda boleh menguasai segalanya dengan minda...
Jika anda tahu cara menggunakan minda dengan betul..anda merupakan orang yang paling bernasib baik..
anda hanya perlu yakin dengan apa yang anda hajatkan...
disusuli dengan sedikit usaha...percayalah anda akan berjaya...
saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengupas isu ini..
saya akan bincangkan di lain masa...
Teruskan diet anda..jangan berputus asa..saya pun nasihat diri saya sendiri...
Wallahualam...

Baru balik dari Seligi-A Platform, Terengganu

Assalamualaikum,
Kembali kita berjumpa setelah lama kita tidak bersua. Saya mohon maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini...
Ini kerana saya berada di offshore and banyak outstation sejak kebelakangan ini..
Disebabkan itu saya tidak mempunyai banyak masa untuk menulis di dalam blog ini..
Sekarang ni pun saya masih di dalam office menyiapkan tender yang akan dihantar oleh saya pada esok di Singapore..Isnin lepas saya ke Batam, Indonesia dengan tujuan yang sama juga..
Samada anda perasan atau tidak, ekonomi negara kita sudah tidak berapa baik..
Banyak company engineering bergantung kepada projek luar..
Termasuk lar company saya..
Itu sebabnya penting kalau kita mempunyai pekerjaan sampingan atau part time sebagai back-up apabila kita mungkin kehilangan pekerjaan kita..
Cara yang paling mudah untuk mendapat duit ialah melalui internet..
Sungguh pun banyak yang menipu, tetapi terbukti ianya berkesan..
Saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana menjana wang melalui internet di lain masa..
Saya juga baru belajar dan belum pernah menjana wang melalui internet..
Walau bagaimana pun..saya percaya ianya berkesan...Wallahualam...